Umat Islam di negara ini diminta agar jangan sesekali melantik pemimpin daripada kalangan agama lain untuk menerajui kerajaan.
Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, hanya pemimpin beragama Islam yang mampu memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan kekal dalam Perlembagaan.
Menurut beliau, pemimpin bukan Islam juga kurang memahami hal ehwal agama Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat di negara ini.
‘‘Sebaik-baiknya kita lantik seorang pemimpin Islam yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.
‘‘Individu yang sedemikian lebih telus dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya bahawa umat Islam yang menyokong usaha untuk memastikan seorang bukan Melayu yang tidak beragama Islam menyandang jawatan Perdana Menteri di negara ini seharusnya menyemak kembali pegangan Islam masing-masing.
Juanda membuat kenyataan itu ekoran terdapat kecenderungan pada segelintir umat Islam yang menyokong usaha pihak tertentu yang mahukan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP yang OKU, Karpal Singh menegaskan beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Tambah Md. Daud, sikap segelintir umat Islam yang sanggup menerima pemimpin bukan Islam atas nama politik adalah amat dikesali.
‘‘Mereka sepatutnya menghayati pesanan sahabat Nabi Muhammad SAW, Umar Al-Khattab yang menyatakan umat Islam dimuliakan oleh Allah SWT hanya kerana kita beragama dan hanya kerana kita Islam," ujarnya.
Jelas beliau, Umar turut mengingatkan bahawa Allah SWT akan mendatangkan kehinaan dan kebinasaan kepada umat Islam sekiranya mereka mencari kemuliaan bukan kerana agama.
Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat kuasa rakan sekutunya, PAS jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan akan dihapuskan.
Pada ketika itu menurut beliau, keamanan yang dinikmati seperti hari ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang perasaan saling menghormati antara kaum.
“Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika mereka berkuasa.
“Atas sebab itu kita lihat PAS tidak berani menamakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Felcra Lembang Kesang, di sini malam tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas seorang yang pengecut apabila tidak berani menyanggah hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Abdul Hadi hanya berani berhadapan dengan UMNO dan sesama orang Melayu tetapi bukan dengan DAP dalam mempertahankan pendirian Pas.
"Sikap penakut Abdul Hadi ini amat memalukan dan tidak ada maruah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang enggan menyanggah hasrat Karpal itu selain menganggap ia hanya pandangan peribadi pemimpin DAP itu.
Ibrahim berkata, sikap Abdul Hadi itu jelas hanya untuk mencapai kepentingan politiknya kerana sudah terbukti sebelum ini, pemimpin PAS itu sanggup dipergunakan oleh DAP ekoran pendirian tidak tetap beliau dalam isu lain.
Katanya, ia termasuk pendirian Abdul Hadi yang sering berubah-ubah apabila Karpal bersuara mengenai ketegasan DAP bermati-matian menolak cadangan PAS iaitu mahu mewujudkan negara Islam sebelum ini.
Beliau berkata, pendirian tidak tetap Abdul Hadi itu wajar dipersoalkan oleh ahli PAS dan orang Melayu.
"Jika beliau sendiri boleh duduk bersama orang yang mempertikaikan cadangan mewujudkan negara Islam, malah mahu bukan Melayu sendiri jadi Perdana Menteri, bagaimana orang Melayu dan umat Islam di negara ini boleh percaya kepada Abdul Hadi?
"Kalau Islam dan hak Melayu pun dia tidak boleh bela, adakah wajar kita percaya kepadanya lagi?" katanya.
Terbaik...OKU DAP...hahahaha...Gua sokong
BalasPadamBalun DAP jangan tak balun
BalasPadam