Khamis, 3 Mei 2012

Gaji naik...siapa untung!!!

Pengumuman gaji minimum kepada para pekerja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mendatangkan impak yang besar kepada pihak pekerja, majikan dan corak kegiatan ekonomi kepada negara. Ia diumumkan pada malam sebelum 1 Mei 2012 bersempena Hari Pekerja tahun 2012 dimana majlis itu disiarkan secara langsung melalui kebanyakan media televisyen. 


Kadar yang diumumkan ialah ditetapkan gaji minimum sebanyak ;
a) RM900 (RM4.33 sejam) bagi pekerja di Semenanjung Malaysia
b) RM800 (RM3.85 sejam) bagi pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.






Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan gaji minimum itu mula berkuatkuasa enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan, kecuali kepada majikan kecil tempohnya 12 bulan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka membuat persediaan sepenuhnya, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.



Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, dengan mengambil kira jumlah gaji minimum yang dibayar majikan ketika ini, sukar bagi majikan melaksanakannya walaupun ditetapkan dalam tempoh enam bulan.
“Sebenarnya itu cabaran besar kepada majikan kerana kadar diumumkan dari perspektif mereka agak tinggi dan agak sukar untuk dipatuhi dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan (tempoh gaji minimum dikuatkuasakan).

“Di Sabah sebagai contoh, kadar gaji minimum antara RM400 hingga RM490 dan secara keseluruhannya untuk meningkatkan gaji kepada RM800 begitu drastik dan di Semenanjung Malaysia ketika ini seperti Selangor, Penang dan Johor Baharu gaji dibayar RM600 hingga RM650 sebulan,” katanya.
Ekoran dari penwartaan ini besar kemungkinan ramai majikan akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)  untuk melanjutkan tempoh berkenaan lebih daripada enam bulan seperti diumumkan kelmarin.


Ianya mungkin adalah 'hadiah istimewa' daripada kerajaan kepada warga pekerja tetapi adalah bebanan kepada pihak majikan yang terpaksa mencari jalan untuk menanggung kos gaji yang meningkat itu dalam masa tak sampai setahun yang diberi.
Apakah pula nasib yang akan menimpa para majikan dan usahawan dari kalangan bumiputera tahap rendah yang kebanyakannya bagaikan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kos operasi akan bertambah dengan kenaikan gaji kepada RM900, perbezaan dari paras gaji dahulu terpaksa ditanggung majikan. Lebih ramai pekerja maka lebih tinggi lah RM nya. Dimanakah datangnya duit untuk menampung pertambahan kos itu, adakah kerajaan akan menawarkan subsidi atau bantuan???


Atau kita bakal dengar dan saksikan penutupan atau lingkupnya perniagaan para usahawan bumiputera yang tak seberapa nak maju itu. Memang bukan semua usahawan bumiputera yang marhaein atau di paras bawahan, ada juga yang berjaya dan stabil tetapi rasanya peratusan yang rendah ini lebih banyak...harap dikaji balik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...