Isnin, 14 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

Hari ini 16 Mei 2012, sempena Hari Guru di Malaysia, mari kita memperingati jasa-jasa guru kita dan sedekahlah atau hadiahkanlah surah Al-Fatihah kepada guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.
Tanpa mereka, siapalah kita dengan berkat ilmu yang telah diajari maka kita berjaya dan sukses dengan apa yang kita ada dan jadi pada hari ini.

Acara kemuncak sambutan hari guru tahun ini ialah majlis pelancaran perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan Ke-41 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin merangkap Menteri Pelajaran pada 16 Mei 2012 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, di mana dua anugerah tahunan akan disampaikan iaitu Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan serta Anugerah Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan yang mula diperkenalkan pada tahun ini. Majlis tersebut akan turut disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen RTM dan EduWeb TV.


TEMA HARI GURU 2012

" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara "

Tema Hari Guru tersebut amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid, di mana kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air.


Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan mencipta Lagu Tema Hari Guru 2012 yang akan dimainkan di semua Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah semasa perhimpunan sekolah sehingga Hari Guru berlangsung.

LAGU TEMA HARI GURU 2012

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...