bekas MB Perak 11 bulan |
Kerajaan Pusat membantah niat kerajaan Perak ketika itu atas alasan kuasa menganugerahkan tanah itu di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain anugerah itu bertentangan dengan dasar MTN. Apabila anugerah itu dilakukan juga menunjukkan Nizar berpandangan bahawa kuasa itu berada di bawah kerajaan negeri dan bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan tindakan oleh kerajaan Persekutuan jika keadaan memerlukan.
Di seluruh negeri Perak terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus berketurunan Cina. Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).
Rentetan dari kes ini juga, Dato Mustafa Ali, pemimpin PAS Terengganu pernah menegur bekas Menteri Besar Dato Seri Muhammad Nizar mengenai tindakannya memberi tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru cina di Perak. Menurutnya, hanya pada zaman British menakluk Tanah Melayu bahawa Raja-Raja Melayu telah ditipu untuk memberi tanah yang mana geran itu kekal selagi ada 'ada bulan dan matahari' seperti perjanjian sewaan tanah di Pulau Pinang antara Inggeris dan Sultan Kedah.
Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya. Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja. Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan. Walau pun Nizar dan pemimpin parti PAS cuba menggunakan alasan adil kepada semua kaum, hujah politik berkesimpulan mudah ini diketepikan oleh Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin. Dalam satu ucapan di satu Persidangan beberapa bulan lepas, Raja Nazrin mendedahkan bahawa pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja tidak setuju dengan British berkenaan Rancangan Briggs yang mewujudkan kampung-kampung cina yang serba lengkap dengan kemudahan. Semasa itu, ramai-ramai orang-orang asal Perak masih tidak mempunyai tanah.
Selain itu, Nizar cuba membawa alasan bahawa ada juga kaum Melayu yang mendapat tanah kampung baru dan orang-orang Melayu dianugerahkan tanah untuk membuka Sekolah-Sekolah Ugama. Isu utamanya masih tanah 999 tahun ini masih terlalu mengutamakan kaum pendatang Cina. Sepatutnya pemberiaan tanah dibuat berdasarkan Rancangan Kampung Tradisi kerana ia lebih mencapai sasaran penduduk asal Perak.
DYMM Sultan Perak tidak bersetuju dengan usul kerajaan Perak tersebut. Namun demikian, DYMM Tuanku sedia bertolak ansur untuk mencadangkan dianugerah hanya untuk selama 60 tahun sahaja. Permintaan DYMM Tuanku itu tidak diendahkan oleh Nizar dan kerajaan masih berdegil untuk menganugerah tanah selama 999 tahun.
Ada pihak yang memberitahu bahawa Nizar cuba memujuk exconya untuk menghadkan tempoh tanah kepada 99 tahun, tetapi jemaah exco yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP tetap berdegil.
Walaupun Nizar dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, dia hanya dapat diterima setelah membuat persetujuan rahsia dengan DAP Perak yang dipanggil perjanjian Pangkor II.
Ramai pihak menganggap Nizar sebagai MB boneka yang akur kepada arahan dua ahli exco; Ketua DAP Perak, YB Datuk Ngeh Koo Ham and Setiausaha DAP Perak, YB Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka ini adalah sepupu yang mempunyai pertalian saudara dengan pengganas Chin Peng, yang lahir di Lumut.
DYMM Tuanku Sultan sangat murka dengan kedegilan Nizar dan dipercayai menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat Perak mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pemberian tanah yang dianggap bersalahan dari segi Kanun Tanah Negara.
Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru. Tegas beliau, hak yang sama perlu diberikan kepada orang Melayu di negeri tersebut dan kerajaan pakatan pembangkang wajar melakukannya dengan adil tanpa mengira kaum.
Menurutnya, orang Melayu harus sedar tanpa tanah, nasib mereka tidak ubah seperti rakyat Palestin yang hilang negeri kepada rejim Zionis.
"Oleh itu, Perkasa menggesa orang Melayu di Perak memohon supaya tanah masing-masing dilanjutkan kepada 999 tahun, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan pula nasib yang menimpa kepada rakyat Palestin akan berulang di negeri ini.
"Orang Melayu harus sedar tanpa tanah, hilang tanah maka hilang negeri seperti rakyat Palestin hilang negeri kepada Zionis," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mencabar kerajaan Perak supaya semua permohonan yang dibuat oleh orang Melayu di negeri tersebut diluluskan kerana sebagai kaum pribumi mereka berhak.
"Sehingga hari ini, saya tidak dengar ada orang Melayu di kampung tersusun yang mendapat hak milik kekal tanah seperti mana di kampung baru," katanya.
"Adakah ini dinamakan kerajaan yang adil atau pun hanya untuk menjaga kepentingan politik supaya kaum Cina akan terus menyokong kerajaan negeri boneka Pas," katanya.
Katanya, rakyat Perak harus sedar tentang keadaan itu supaya apa yang berlaku kepada penduduk Palestin tidak berulang di negeri itu suatu masa nanti.
Sebagai rakyat jati negeri Perak Darul Ridzuan ini, Kinta Menjerit amat berharap supaya perkara tentang tanah ini diberi penuh perhatian apabila membuat sesuatu tindakan. Kita tidak mahu negeri ini menjadi seperti negara Singapura dimana orang kita dipinggirkan. Janganlah sebab seorang-dua orang kita yang membuat silap atau tamak maka tanah tumpah darah nenek-moyang ini berpindah kepada orang lain dan kita berputih mata sahaja ketika itu. Ketepikan ideologi politik itu tetapi fikirkan lebih kepada kepentingan kepada apa yang orang kita sepatutnya berhak miliki di tanah tempat tinggalnya turun-temurun. Perlu diingat kita adalah milik kepada tanah ini dengan simboliknya melalui berterusannya kedaulatan institusi diraja sejak dari awal lagi dan kita bukan pendatang yang dibawa oleh mana-mana kuasa lain.
Adakah kita mahu cucu-cicit kita akan kencing diatas kubur kita kerana marahkan kepada kita yang meninggalkan negeri ini dalam keadaan tanpa kuasa dan hak di negeri yang kita panggil tanahairku.
Adakah kita mahu cucu-cicit kita akan kencing diatas kubur kita kerana marahkan kepada kita yang meninggalkan negeri ini dalam keadaan tanpa kuasa dan hak di negeri yang kita panggil tanahairku.
Anak cina ni memang nak bantu cina halau melayu
BalasPadamcina dua ekor tu dah memang darah komunis, nizar ni pun ada darah komunis juga gamaknya?? dalam ini benonya sape ler bodoh, benap, tengin....
BalasPadam???
Kesian Nizar, sebenor nya dia jadi MB dulu takde kuasa eksekutif penuh utk buat keputusan... apa2 pun kena refer DAP exco, sebab tu segala tindakan dia ada berbau politik atau utk kepentingan kedudukan nya bukan buat sebab ikhlas sgt nak tlg rakyat
BalasPadam