Selasa, 7 Mei 2013

30 kerusi DUN dari UMNO pada PRU13 di Perak


Di sebalik ketidaktentuan politik di Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) Perak yang menghadapi saingan sengit daripada parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada PRU13 ini.

Kemenangan itu membuktikan rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negeri ini sekali gus menolak dakwaan pembangkang bahawa parti gabungan itu memerintah Perak secara rampasan kuasa pada tahun 2009.
Usaha meraih simpati rakyat dilakukan sejak empat tahun lalu apabila BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembangkang selepas empat anggota DUN pakatan pembangkang keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Namun, isu berkenaan dilihat tidak memberi kesan mendalam terhadap rakyat terutamanya pengundi Melayu.

Pembangunan Perak atas usaha gigih kerajaan BN yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sejak empat tahun lalu terbukti membawa sokongan rakyat kepada BN.

Program turun padang yang dilaksanakannnya menggunakan slogan 'tiada tertinggal, tiada terpinggir' turut membawa beliau menyelami hati rakyat dan merungkai permasalahan mereka.

Penganalisis politik, Datuk Rais Hussin Mohamad Ariff, berkata penduduk Perak mahu Zambry terus memimpin dan meneruskan usaha mentadbir negeri dengan baik.
"Mereka mahu BN terus mentadbir negeri ini. Mereka sudah memberi mandat langsung kepada Zambry untuk meneruskan khidmat cemerlang beliau.

"Beliau perlu bergerak pantas sejak hari pertama mengangkat sumpah jawatan pada 2009. Beliau berjaya mengharungi apa jua pergolakan yang mendatang. Beliau meletakkan Perak di tempat sewajarnya. Rakyat nampak perkara ini, menyukainya, dan terus mengundi kepimpinannya," katanya.

Kemenangan BN pada PRU13 turut diperoleh melalui sokongan Melayu yang bertambah baik apabila UMNO berjaya menyumbang 30 daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi parti gabungan itu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Umno memenangi 27 kerusi DUN.

UMNO yang bertanding 36 kerusi DUN pada pilihan raya ini, bertambah dua kerusi daripada pilihan raya umum lalu, berjaya memenangi semula kerusi Pengkalan Hulu, Kubu Gajah, Kampung Gajah, Trong, Tualang Sekah, Batu Kurau dan Alor Pongsu.

Selain itu, parti itu juga berjaya meraih majoriti undi lebih besar di 20 kawasan DUN yang dimenangi.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.







6 ulasan:

  1. Jaga negeri Perak baik-baik, penuh integriti.

    "Bekerja baik dan kuat, jangan kira diri sendiri, jangan beri orang tuduh terbabit dengan korupsi dan sebagainya, buat kerja secara lurus dan berkhidmat untuk negeri dan Malaysia” Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri.

    BalasPadam
  2. Siapa calon calon exco barisan pimpinan BN Perak ?
    1. Dato Zahir Kamunting ?
    2. Dato Daud Selama ?
    3. Dato Sharani Kota Tampan ?
    4. Dato Manaf Pengkalan Baru
    5. Mohd Khusairi Slim ?
    6. Zainol Pazdi Sungai Sg Manik ?
    7. Norlee Ashilin Tualang Sekah ?
    8. NAsarudin Bota ?
    9. Aminuddin Hulu Kinta ?
    10. atau Sham Mat saat Kuala Kurau ?

    Apa pun terima jawatan dengan hati terbuka dan jangan buat perkara yang mencemarkan nama UMNO khas nya dan BN amnya

    BalasPadam
  3. Apabila cina swing undi mereka kepada pakatan dengan harapan pakatan berjaya menawan pusat pentadbiran Persekutuan dan Pakatan pula gagal menawan pentadbiran pusat seperti diwawarkan, cina telah silap langkah dan membuka tembelang mereka akan siapa mereka sebenarnya kepada orang melayu apabila terlalu overconfident Pakatan akan menang dan habuan yang mereka akan dapat dan justeru itu bolehlah mereka "ransom" Dato Seri Anwar. Jadi siapa yang akhirnya tertipu? Melayukah?

    PM akan tubuhkan Kabinet seperti dikehendaki oleh Perlembagaan. Tidak akan DAP diberikan apa-apa jawatan diKementerian - itu sudah pasti dan itulah logikahnya. MCA dapatlah sedikit kerana mereka "gagal" dan dahpun ikrar tidak mahu jawatankalau gagal. begitu juga MIC dapatlah lebih dari sedikit berbanding cina MCA. Maka siapa kini kena tipu? siapa juaranya?

    kasualti yang ketara dalam masa terdekat ini adalah Nik Aziz sendiri, Mat Sabu, Haron Din dan PAS keseluruhannya. Hilang Kedah. jangka masa panjang, UMNO akan menjadi lebih kental perpaduannya.

    Tun Mahathir dah "turun", Nik Aziz pun dah "turun". Kit Siang dan Guan Eng dan karpal bila lagi? masing-masing pun dah ada anak masing-masing sebagai ganti. nak apa lagi?

    BalasPadam
  4. kome tabur fitnah setiap ceruk pelusuk desa mcm mana x menang.org takut la bila mainkan isu perkauman kononnya dap akn perintah perak.kristian disana sini dn mcm2 lg surat fitnah yg kome karang.x layak dibanggakan pon kome menang mcm ni..

    BalasPadam
  5. 8:06 PTG,

    Pokok, menang!
    Kome rasa takut ker!
    Takut perkauman ker!
    Takut dah?

    BalasPadam
  6. dah baca artikel fitnah dr pr? wow lebih banyak dan fantastik .....

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...