Sabtu, 12 Mei 2012

...madah dari Sri Kandi Kinta




pantang laksamana berbalik belakang,
bercawat ekor dalam gelanggang,
berani tdak membilang lawan,
matiku pun tidak dihina orang

mari dipakai kain selempang panjang,
sisipkan keris berbaring terlentang,
si hari bulan si Tanjang sonsang,
bagaikan ayam berkokok lantang berdendang,

Pantang lelaki diuji-uji, pantang wanita dicuba-cuba,
jangan berani mengharap upah, langkah bagai dibilang, lenggang bagai ditatah.

Kuseru namamu Laksamana,
Ku pasang kuda-kuda berserta bunga silat mahaguru
gempit darah gemaku, jari-jariku, menghunus keris berliku.

Selagi air ke hilir, selama gagak berbulu hitam,
Berani mencencang terpotong tangan,
berani berjuang, banyak melintang, mesti dihadang.

pantang Melayu bermati adat, rela Melayu anak dilahad, berani dikerat, tahan di kepat,
nafas tersentak, tidak disayang-sayang, umur sejemput tidak ditimang-timang,

Bila hujung lidah dilelangit,
mata dipejam, mudah-mudahan dapat diberi lihat seluruh alam,
bacaan dihati, minta hajat dipenuhi, kaki memijak bumi,
bagai kilat senja, bagai petir tunggal, jangan cuba menghampiri walaupun sejengkal,
terkena laksamana bukan kerana kuat melawan, tapi terkena laksamana kerana kuat
menahan
langkah laksamana bergerak dengan bijak, bukan dengan terdesak-desak
langkah laksamana tak mudah digertak, tak akan berganjak, tak mudah memberontak
langkah laksamana yang utama membela nusa dan bangsa
sampai ke akhir nyawa.

Jangan dikejutkan yang sedang tidur,
jangan diseru semangat Tuah,
jangan dibangkitkan yang dalam kubur,
silap celaka membawa padah...




1 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...