Jumaat, 2 November 2012

Penjara jika salah tuduhan guna MyKad palsu


Di Ipoh kelmarin pada 1/11/2012 seorang penganggur bakal dikenakan hukuman penjara setelah mengaku bersalah apabila dituduh menggunakan kad pengenalan palsu atas nama dirinya, bulan lalu.

Tertuduh, Aidil Tuah Sulaiman, 38, didapati tanpa sebarang kuasa yang sah telah menggunakan kad pengenalan palsu atas namanya sendiri. Tertuduh yang merupakan warga tempatan dikesan melakukan kesalahan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 9.30 malam, 24 Oktober lalu.

Aidil Tuan dihukum mengikut peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan) 2007. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara, Ahmad Firdaus Che Md Rose menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab menetapkan jaminan sebanyak RM4,500 dan kes akan disebut semula pada 30 November depan untuk fakta kes dan hukuman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...