Sabtu, 3 November 2012

iPad Mini dilancarkan pada harga RM1000++


Di Hong-Kong, iPad Mini yang mula dijual seluruh dunia bermula semalam, kurang mendapat sambutan apabila peminat yang berbaris untuk mendapatkannya dilihat agak kurang berbanding produk keluaran Apple sebelum ini.

Sehingga tengah hari semalam, hanya lima pembeli yang datang ke gedung Apple untuk mengambil iPad Mini mereka, dan jumlah itu amat jauh jika dilihat ketika hari pertama jualan iPad 2, tahun lalu.

Hong Kong merupakan satu daripada 34 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan negara Eropah lain yang menjual produk terbaru Apple itu sejak semalam.

Akhbar tempatan di Australia dan Jepun turut melaporkan mengenai kurangnya sambutan peminat gajet untuk memiliki tablet berukuran 7.9 inci itu.

Pembeli dikehendaki untuk menempah terlebih dulu dan kemudian datang untuk mengambil iPad Mini mengikut jadual pengambilan yang telah ditetapkan dan ini mungkin merupakan faktor yang menyebabkan sambutan hambar yang diberikan.

Januari lalu, jualan iPhone 4S di Beijing dan Shanghai menerima sambutan yang menggalakkan sehingga peminat sanggup bermalam di depan kedai jualan produk itu.

Pihak Apple setakat ini tidak memberi sebarang komen mengenai berapa jumlah iPad Mini yang telah ditempah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beratur panjang untuk menjadi antara yang pertama memiliki produk keluaran Apple seakan sudah menjadi suatu trend di kalangan penggemarnya.

Laporan akhbar dan mesej Twitter menunjukkan bilangan pembeli yang beratur turut berkurangan di London, Sydney dan kebanyakan kota besar lain.

Bagaimanapun, menurut Fortune’s Philip Elmer DeWitt, lebih 750 yang beratur untuk membeli iPad Mini atau produk Apple yang lain di gedungnya yang terletak di Firth Avenue, New York.

Sambutan yang hangat di New York tidak dijangkakan berikutan mereka terputus bekalan elektrik akibat Taufan Sandy yang melanda kawasan itu baru-baru ini.

Di Twitter, kebanyakan pemerhati mengkritik penduduk New York yang berbaris panjang untuk membeli gajet elektronik itu ketika penduduk di daerah berdekatan sedang bersedih dan menderita akibat bencana itu.

Di Hong Kong, seorang pembeli setia produk Apple, Thomas Wu, yang sudah memiliki iPhone, iTouch dan iPad sebelum ini, menyatakan, “saya cintakan Apple.”

“Saya akan menggunakan iPad Mini dan akan memberikan iPad saya kepada keluarga,” katanya.

Kebanyakan yang membanjiri pusat jualan Apple adalah untuk melihat sendiri gajet itu daripada teruja untuk memiliknya.

iPad Mini dijual bermula serendah AS$329 (RM1,003).

“Saya sudah mempunyai tablet yang lain, jadi saya hanya mahu tunggu dan lihat saja,” kata seorang peminat yang mencuba sendiri kemudahan dan aplikasi yang terdapat dalam iPad Mini.

Tidak seperti produk sebelum ini, Apple tidak melakukan pelancaran besar-besaran untuk table mini ini. Sebaliknya, ia hanya mahu memasuki pasaran mini tablet yang sudah mempunyai pesaingnya iaitu Google’s Nexus 7 dan Amazon’s Kindle Fire.

Harga iPad Mini turut menjadi rungutan kepada sesetengah pengkritik dan menurut senior editor Wired, Jason Tanz menyatakan kepada CNN minggu lalu, “dengan hanya AS$200 (RM610), anda sudah boleh mendapatkan Nexus 7 atau Kindle Fire dengan ciri yang sama, jadi anda hanya membazir dengan membayar lebih untuk iPad Mini.”

“Ini merupakan pertama kali kita lihat Apple bermain defensive dalam jualan produknya,” kata Tanz.

CNNMoney melaporkan, saham Apple telah menyusut AS$600 (RM1,829) seunit pada awal minggu ini selepas pengurusannya mengalami masalah dan pelbagai maklum balas yang diterima menerusi review iPad Mini.

Scott Forstall, seorang daripada orang kanan mendiang Steve Jobs sudah dipecat selepas sedikit salah faham, termasuk kritikan buruk yang diterima mengenai Apple Maps sekali gus memaksa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook terpaksa membuat kenyataan maaf kepada semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...