Khamis, 1 November 2012

Pastikan Ejen Hartanah berdaftar elak ditipu


Pembeli hartanah dinasihati agar berwaspada terhadap ejen hartanah haram untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada nasihat pelaburan yang salah dan caj yang tidak perlu.

Di Petaling Jaya, Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Nixon Paul berkata institut itu menerima aduan daripada pengguna berhubung perkara itu, dan menasihati mereka supaya menyiasat terlebih dahulu ejen dan syarikat ejen hartanah sebelum menggunakan khidmat pihak berkenaan.

Ejen hartanah yang sah mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, MIEA mempunyai 1,300 anggota berdaftar.

Nixon mengulas laporan media Selasa lepas bahawa lima ejen hartanah memperdaya 400 mangsa supaya membuat bayaran pendahuluan bagi unit rumah yang tidak wujud berharga antara RM150,000 dan RM280,000.

Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi hotline MIEA di talian 03-77277477 atau mengirim email ke miea@po.jaring.my jika ada pertanyaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...