Jumaat, 23 November 2012

FESTIVAL BELIA 2013 YANG PALING BERJAYA !!! RAKYAT DIDAHULUKAN...


Teman teruja dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan. Sumbangan daripada sektor korporat dan swasta telah melimpah ruah nak bantu KBS menjalankan aktiviti-aktiviti anak muda Malaysia. Teman berbangga sebab sektor korporat dan swasta tidak lupa menyumbangkan sedikit keuntungan bagi membangunkan modal insan khusunya untuk anak-anak muda Malaysia seperti tahun lepas. Teman ghase geng-geng Pakatan Rakyat nak cari modal untuk spin isu ini macam-macam cagher. Biasa la deme ni, ada aje yang tak puashati. Deme ini sememangnya apa yang Kerajaan BN buat, semuanya tak betul. Yang betulnya deme aje. Lepas ni teman tak heghan kalau deme, Nik Aziz buat sembahyang hajat dan mendoakan pulak Festival Belia Putrajaya 2013 ini KO. Sabor aje ler..tunggu kiokk deme ni je baru le deme berenti bercakap.heeeeeee...

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.

“Saya percaya jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.

“Sebelum ini untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,” katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.

Bengkel tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.

Ahmad Shabery memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

Beliau juga memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London tahun ini.

“Sebagai contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.

“Aplikasi itu nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.


* sumber dari Apple Biru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...