Jumaat, 2 November 2012

Mati jatuh dari bumbung flat lari diserbu polis!!!


Di Ipoh, gara-gara cuba melarikan diri daripada serbuan polis, seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun dan pecah rumah terbunuh selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah pangsa, di sini, semalam.

Dalam serbuan sama, seorang lagi suspek berusia 20 tahun turut ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di bumbung rumah berkenaan di Kampung Rapat.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menyerbu rumah yang didiami lelaki berkenaan tetapi penghuni enggan membuka pintu.

“Dalam masa sama, terdengar bunyi benda pecah menyebabkan pihak polis terpaksa pecah masuk di dalam rumah tersebut.

“Polis telah dimaklumkan bahawa dua suspek telah pecah siling bilik air dan naik ke bumbung flat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Menurutnya, kira-kira jam 2.20 pagi, pihaknya dimaklumkan menemui satu mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam.

“Hasil siasatan mendapati si mati adalah suspek yang melarikan diri dari rumah yang diserbu oleh pihak polis. Lelaki berusia 28 tahun itu merupakan individu yang dikehendaki polis dalam empat kes curi.

“Seorang lagi suspek telah dihantar ke Bahagian Narkotik untuk ujian air kencing dan didapati suspek ini positif mengambil dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Zakaria berkata, suspek direman sehingga 6 November ini untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Pemeriksaan di rumah itu turut menemui sepucuk pistol mainan jenama Colt Double Eagle yang dipercayai digunakan dalam aktiviti samun dan pecah rumah sekitar kawasan bandar raya itu.

“Barang-barang yang dirampas adalah seutas gari, parang, pas keselamatan yang mempunyai logo PDRM, dua televisyen jenama Sony dan Panasonic, pemain DVD, dekoder Astro serta radio kereta Toyota,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...