Sabtu, 17 November 2012

Papan Tanda Amaran AES Kepada Pengguna Jalanraya


Semua perangkap had laju yang dipasang oleh polis, kini perlu dipasang papan tanda amaran sebagai langkah berjaga-jaga kepada pemandu bahawa dihadapan mereka ada kamera beroperasi.

Papan tanda itu perlu dipasang sebelum persimpangan lampu isyarat bagi mengingatkan pengguna jalan raya kamera yang tersebut akan dapat mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jaafar Mohamed berkata papan tanda perangkap had laju perlu diletakkan sejauh dua dan tiga kilometer daripada kamera bergerak polis dan kamera yang beroperasi di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik.

“Kita juga telah bersetuju kepada tambahan papan tanda dalam lingkungan satu kilometer daripada kamera sebagai langkah berwaspada kepada pengguna jalan raya,” katanya dalam satu temubual bersama wartawan.

Ini bermakna terdapat sekurang-kurangnya dua papan tanda yang dipasang sebagai amaran kepada pengguna jalan raya bahawa kamera dihadapan bagi mengelakkan mereka memandu melebihi had laju.

Jaafar berkata langkah untuk mewujudkan papan tanda amaran itu perlu kerana ia selaras dengan Undang- Undang Pengangkutan Jalan 2012, yang telah dipinda pada September tahun ini, dan pindaan tersebut telah dipersetujui oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata papan tanda amaran bagi kamera perangkap had laju yang dipasang oleh polis dan AES mempunyai spesifikasi yang sama bagi memastikan ia mengikut standard yang ditetapkan.

Perangkap had laju yang dipasang oleh polis dan AES akan mengikut pindaan undang-undang tersebut, bersama-sama yang lain. Ia bermakna papan tanda zon operasi kamera perlu dipasang dua dan tiga kilometer daripada lokasi kamera statik atau kamera bergerak.

Di bawah pindaan yang sama, papan tanda amaran bagi mereka yang gagal mematuhi lampu isyarat merah, juga perlu dipasang antara 50 hingga 500 meter sebelum persimpangan lampu isyarat daripada lokasi sistem pengesan kamera statik.

Pengarah Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Pesuruhjaya Datuk Wira Salleh Mat Rashid pada Khamis berkata pegawai polis telah diarahkan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan ditempat terbuka.

Beliau menggesa orang ramai melaporkan kepada ibu pejabat polis daerah sekiranya mereka melihat anggota polis menyorok di belakang semak atau pokok ketika operasi dijalankan.

“Anggota polis yang memakai seragam biru perlu dilihat setiap masa,” katanya.

Sementara itu, Jaafar berkata papan tanda amaran perlu dipasang di 800 lokasi, yang telah dikenalpasti sebagai ‘laluan maut’ atau kawasan kemalangan.

“Ini adalah tambahan kepada 831 lokasi dimana kamera AES telah dipasang. Ia juga tidak mempunyai sebarang pertindihan dalam penguatkuasaan antara polis dan JPJ,” katanya.

Beliau berkata pada ketika ini polis meletakkan papan tanda amaran perangkap had laju bergerak namun notis tersebut tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam pindaan terbaru Akta Pengangkutan Jalan.

Jaafar berkata papan tanda perlu dipasang segera kerana Jawatankuasa Kabinet antara jabatan telah mengemukakan perincian mengenai penguatkuasaan tersebut.




3 ulasan:

  1. I simрly couldn't leave your site before suggesting that I extremely loved the usual info an individual provide to your visitors? Is gonna be again ceaselessly in order to check out new posts

    My web page; Seo Tools Techniques

    BalasPadam
  2. Attrаctive component to сontent. I simply stumbled upοn yоur ωebsite and in aсcession capitаl to assert
    that I acquire aсtuallу lοved account your weblog рosts.
    Anуway ӏ will be subsсribing to your feeds аnd evеn I success yοu aсcеss
    consistently fast.

    My wеb sіte; http://www.zeuslinux.gr/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=MalloryDe

    BalasPadam
  3. Εxcellеnt blοg you have here but І was wondeгing
    if you knеw of any forums that cover thе same tοpics talked abоut in this аrtісlе?
    I'd really like to be a part of group where I can get feedback from other knowledgeable people that share the same interest. If you have any recommendations, please let me know. Many thanks!

    Here is my web page :: broken link checker

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...