Selasa, 6 November 2012

Izzah mulot longkang...anjur Melayu bebas beragama


Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan orang Melayu dan merosakkan Islam.

Sehubungan dengan itu beliau menasihati Nurul Izzah supaya mendalami hukum Islam dan tidak bertindak sebagai `jaguh di atas pentas’ semata-mata untuk mendapatkan `political mileage’ bagi meraih sokongan rakyat terutama golongan liberal yang mendakwa diri mereka sebagai golongan intelektual.

"Saya menasihati orang yang seperti Izzah ni supaya mendalami hukum-hukum Islam jangan bercakap tak tentu pasal nak jadi champion di atas pentas sedangkan dia sendiri tidak tahu tentang hukum Islam.

"Perbuatannya itu merosakkan Islam dan akan menyesatkan orang,’’ katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam:Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata:"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama..Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama-rata.’’

Harussani seterusnya menjelaskan bahawa Islam tidak pernah memaksa orang masuk Islam tetapi apabila seseorang itu masuk Islam dia terikat dengan undang-undang Islam.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya kerana akhir-akhirnya ada gerakan di negara ini yang cuba mencemarkan Islam dan memecah-belahkan orang Melayu.

Katanya, pihak berwajib perlu bertindak lebih tegas dalam perkara ini kerana ia jelas mengancam akidah dan kepercayaan umat Islam dinegara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...