Jumaat, 23 November 2012

Belia yang berminat ke Parlimen boleh daftar di portal PBM


Portal Parlimen Belia Belia Malaysia dilancarkan. Teman tabik pada Kementerian Belia dan Sukan sebab mewujudkan Parlimen Belia Malaysia. Suara anak-anak muda akan dapat lebih didengari dan ada platform khusus untuk anak-anak muda bersuara. Bukan ditepi jalan dan berdemontrasi. Anak-anak Muda diiktiraf sebagai pewadah bangsa masa depan. Ayuh anak-anak muda, ini masa untuk memilih wakil bagi memastikan suara kome didengari..Moh kita daftar.

PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.

Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30 tahun adalah layak untuk mendaftar.

Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-

1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.

2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.

3. Tidak muflis.

4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.

5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan yang hendak diwakili.

PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.

PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting dalam pembangunan belia.

Untuk capaian portal tersebut, sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/

* sumber dari Apple Biru




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...