Sabtu, 3 November 2012

Karpal mahu kacau perundangan di Perak


Di Kuala Lumpur, Peguam Karpal Singh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa apa yang beliau katakan pada sidang akhbar di pejabatnya berhubung keadaan politik di Perak tiga tahun lepas, bukan bertujuan untuk mempertikai prerogatif sultan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, tujuan beliau hanyalah untuk menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang dan cara Sultan Perak melaksanakan prerogatif baginda dalam menangani krisis berkenaan.

Segala apa yang dinyatakan kepada pemberita pada pukul 12.30 tengah hari pada 6 Januari itu bukan bersifat menghasut atau sebarang kesalahan lain, katanya ketika menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo.

Karpal memberitahu Hakim Datuk Azman Abdullah bahawa untuk menyokong pendapatnya tentang perkara itu, beliau menyediakan kenyataan akhbar secara bertulis dan membuat rujukan kepada beberapa kes undang-undang.

"Ia merupakan sidang akhbar penting berkaitan krisis politik di Perak dan adalah menjadi tugas saya, sebagai Ahli Parlimen, untuk memberi pendapat dari segi undang-undang tentang keadaan ketika itu, di mana penyelesaian terbaik bagi perkara berkenaan ialah membubarkan dewan undangan negeri," katanya.

Bagaimanapun, kata Karpal, semasa sesi soal jawab dengan wartawan, beliau tidak mempersoalkan prerogatif sultan, tetapi menyatakan bahawa sultan terkhilaf apabila baginda mempersoalkan anggota dewan undangan negeri.

Menjawab soalan Gobind Singh apakah yang mendorongnya atau apakah yang terkandung dalam fikirannya ketika beliau membuat keputusan untuk memanggil sidang akhbar itu, Karpal Singh berkata ia berkaitan ketertinggian Perlembagaan Persekutuan.

"Di negara ini, parlimen pun bukan yang paling tinggi, hanya perlembagaan yang mempunyai kedudukan paling tinggi, bukan yang lain," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman akan disambung Khamis depan.

Pada 11 Jun 2010, Karpal Singh dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada tuduhan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Februari 2009.

Bagaimanapun, beliau diperintah membela diri berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Karpal, 72, didakwa berkata pemecatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Perak, boleh dipertikai di mahkamah.



DAP anti ISLAM
Muslim tolak DAP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...