Ahad, 20 Januari 2013

BR1M 2.0 bakal diagih kepada rakyat


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di Bachok, Jumaat.

Awang Adek berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Katanya pembayaran itu akan dilakukan dalam bentuk baucar yang boleh ditunaikan di bank.

“Kesemua rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira agama dan fahaman politik berhak menerimanya,” katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...