Isnin, 21 Januari 2013

Yuna lebih suka Mat Saleh daripada jejaka Malaya


Nampaknya melopong ler jejaka-jejaka di Malaysia ini apabila penyanyi popular Yuna telah ditambat hatinya oleh seorang jejaka mat saleh. Dahulu Yuna digossip bercinta dengan seorang pengacara, Qi.

Selepas putus cinta dengan Qi, Yuna yang kini menetap di Amerika Syarikat dilihat rapat dengan jejaka Inggeris, Julian Schratter.

Yuna yang kembali ke tanah air selama empat hari dan terbang semula ke negara Uncle Sam itu pada hari ini berkata, setakat ini dia hanya boleh melabelkan hubungan mereka sekadar teman rapat.

Kata penyanyi Terukir Di Bintang itu, Schratter bukan sekadar teman rapat tetapi dia juga jurugambar yang akan merakam setiap acara yang dijayakan oleh Yuna.

"Dia pernah datang ke Malaysia pada November tahun lalu sewaktu saya pulang menjayakan beberapa persembahan selama sebulan. Sebenarnya telah lama dia ingin datang ke Malaysia tapi tidak ada kenalan, jadi sewaktu pulang ke tanah air tahun lalu, saya pun mengajaknya.

"Sebenarnya kehadiran dia menguntungkan saya juga sebab dapat melihat foto-foto saya yang dirakam pada setiap acara. Sekarang ini apa sahaja acara yang saya sertai, dia pasti ada bersama untuk merakam momen tersebut," jelasnya.

Yuna yang masih solo itu berkata, dia tidak menolak kemungkinan jika berjodoh dengan lelaki bukan Melayu kerana ibubapanya bersikap terbuka dalam menerima menantu.

"Bagi saya semua manusia sama tanpa mengira bangsa dan agama. Lagipun Islam adalah sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja," jelasnya tentang calon suami.




*dari laman sesawang akhbar tempatan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...