Isnin, 21 Januari 2013

RM20,000 jika dapat jumpa budak Cina ini!!!


Polis mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, di Putra Heights, Subang Jaya pada Rabu lalu sebagai kes orang hilang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, setakat ini pihaknya percaya William tidak diculik kerana tiada sebarang wang tebusan yang diminta daripada pihak keluarga.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada individu telah menemui kanak-kanak itu dan menyimpannya.

"Sejak kehilangan William dilaporkan, kita telah berusaha mencarinya di seluruh kawasan Putra Height namun gagal dan usaha mengesan telah diteruskan di kawasan lain.

"Kami juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga daripadanya menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia tidak benar.

Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.

Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut.

Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," kata polis kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25 di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.

Anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Shahrizat berkata, beliau akan membantu keluarga mangsa dan pihak polis untuk mengesan kanak-kanak itu dengan mengedarkan gambar Zhen Zhong melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Selain itu, katanya, Skuad Sayang Wanita UMNO di seluruh negara juga akan dikerah dalam misi mencari semula kanak-kanak itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...