Selasa, 22 Januari 2013

UTC kemudahan untuk rakyat Perak, SYABAS BN !!!


Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.

UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Negeri Melaka telah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi pertama program UTC dan di Perak telah siap dibuat baru-baru ini di mana bangunan lama pasaraya Super Kinta digunakan.

Sebanyak lebih kurang 53 kementerian/agensi, kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Perak di bawah 10 kluster iaitu:

1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan


Sewaktu lawatan KM bersama blogger Budak Benteng pagi tadi kami telah dilayan dengan baik oleh staf-staf yang bertugas di kaunter beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Waktu operasi yang bermula dari seawal jam 8:30 pagi dan berakhir jam 10:00 malam kecuali cuti umum amatlah mesra pengguna dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk berurusan dengan pelbagai jabatan selepas waktu pejabat. Lokasi yang strategik iaitu betul-betul di tengah bandaraya Ipoh serta mudah dicari amatlah praktikal, cuma masalah parkir kenderaan yang terhad sahaja perlu diperbaiki.

Kemudahan seperti klinik gigi, kedai buku 1Malaysia dan perpustakaan sangatlah berguna kepada terutama yang rakyat yang kurang berkemampuan dan datang dari luar/pinggir bandar. Idea serta perlaksanaan fasiliti seperti ini amatlah praktikal dan bukti kerajaan amat prihatin kepada masalah rakyat sesuailah slogan yang dilaungkan 'Tiada yang terpinggir...Tiada yang tertinggal'.

Lihatlah dibawah foto-foto UTC Perak ;








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...