Sabtu, 5 Januari 2013

Layak SRPdari RM3000 dinaikkan ke RM5000


Had pendapatan peminjam individu bagi Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013.

Kenaikan berkenaan merupakan satu daripada kriteria kelayakan SRP yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 tahun lepas, demikian menurut Cagamas SRP Bhd dalam kenyataan.

Bagi peminjam bersama, ia berkata had pendapatan telah dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan, tertakluk kepada pendapatan peminjam individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.

"Di samping itu, keperluan untuk rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan pekerjaan minimum enam bulan akan dimansuhkan," kata Cagamas SRP.

Ia berkata skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan 100 peratus pembiayaan daripada bank yang mengambil bahagian, membolehkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membayar 10 peratus bayaran pendahuluan.

"Cagamas SRP akan menjamin 10 peratus bayaran pendahuluan daripada pinjaman di bawah skim ini," katanya.

Cagamas diberi mandat pada 2011 untuk memainkan peranan aktif membantu golongan muda, rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah pertama mereka di bawah SRP.


 Antara bank-bank yang terlibat dalam skim pembiayaan ini ialah ;





Affin Bank
Affin Islamic Bank
Alliance Bank
Alliance Islamic Bank
Am Bank
AmIslamic Bank
Bank Islam
CIMB Bank
CIMB Islamic Bank
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Maybank Berhad
Maybank Islamic Bank
OCBC Bank
OCBC Al-Amin Bank
Public Bank
Public Islamic Bank
RHB Bank
RHB Islamic Bank
Standard Chartered Bank
Standard Chartered Saadiq Bank
UOB Bank

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...