Isnin, 29 Oktober 2012

Malaysia fasilitator runding damai MILF dan Filipina


Bangsa perlu dijaga jika tidak mahu ditindas kerana sekali ditindas dan dibelakangkan masyarakatnya tidak akan dihormati serta dipeduli, malah ia mengambil masa yang panjang untuk dimartabatkan semula.

Demikian pesan Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Bangsamoro (BDA) Mohammad S. Yacob di Cotabato, Filipina berdasarkan pengalamannya yang berhempas pulas demi mendapatkan hak serta membangunkan Bangsamoro.

Menurutnya, walaupun Bangsamoro merupakan majoriti di Mindanao dan menguasai selatan Filipina tetapi mereka ditindas dan tidak dipedulikan sejak 40 tahun lalu.

"Apa yang telah kami rasakan sebelum menandatangani rangka kerja perjanjian damai bukan setakat perit tetapi sangat memeritkan.

Penglibatan Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) adalah ikhlas demi kepentingan Bangsamoro dan kestabilan rantau ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Semporna, Sabah menegaskan, adalah amat tidak wajar apabila terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu berkenaan.

Sebaliknya, tegas beliau, perkara itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini terutama dalam memperkukuhkan perpaduan dan jangan sesekali berpecah hanya kerana kepentingan agenda pihak tertentu sahaja.

"Usaha Malaysia hingga membolehkan Bangsamoro mendapat wilayah autonomi merupakan titik permulaan kehidupan baru bagi mereka setelah lebih 40 tahun dan berapa ramai telah terkorban dalam perjuangan mereka,'' ujarnya kepada pemberita selepas solat sunat Aidiladha dan penyerahan lembu korban di Masjid Pekan Semporna di sini hari ini.

''Kita harus berdoa semoga matlamat kerangka perjanjian damai yang ditandatangani itu tercapai kerana kerangka perjanjian damai itu membawa banyak manfaat, bukan sahaja kepada Filipina tetapi juga Malaysia khususnya Sabah yang berjiran dengan selatan Filipina," kata beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar.

Kerangka perjanjian damai itu ditandatangani MILF dan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lepas, disaksikan Presiden Filipina, Banigno Aquino III dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai tersebut mendapat perhargaan banyak pihak termasuk daripada Amerika Syarikat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...