Selasa, 9 Oktober 2012

Longgarkan CTOS dan CCRIS kepada orang muda


Institusi perbankan disaran memberi kelonggaran kepada golongan muda yang namanya tersenarai dalam Credit Tip-Off Sdn Bhd (CTOS) dan Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Datuk Idris Haron menyarankan agar syarat CTOS dan CCRIS itu tidak dikenakan kepada golongan muda yang ingin membeli rumah.

"Mereka ini mungkin tersilap langkah dalam mengurus kewangan di peringkat awal, akibatnya nama mereka disenarai dalam CTOS dan CCRIS dan menghadapi masalah untuk memohon pinjaman perumahan, jadi saya cadang Kementerian Kewangan dan pihak bank memberi kelonggaran kepada mereka," katanya.

Idris, yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata langkah itu tidak akan menjejas golongan muda melabur dengan peluang lebih baik.

Selain itu, Idris turut menyarankan kerajaan agar memperkenal polisi harga siling terhadap pemaju perumahan mewah, khususnya di kawasan bandar, bagi mengawal kenaikan harga rumah dan mengelak spekulasi hartanah.

Idris turut mencadangkan tempoh cukai keuntungan pelupusan hartanah (RPGT) dipertingkat daripada lima ke sepuluh tahun bagi mengelak penjualan hartanah pada masa yang singkat.



1 ulasan:

  1. good article bro..harap benda ni kerajaan amik berat..coz pengundi muda merupakan penentu sekarang ni..dan rumah adalah keperluan..

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...