Selasa, 2 Oktober 2012
Pukul bini dirakam CCTV, lelaki diseret ke mahkamah
Di Ipoh seorang pengurus butik yang pernah menimbulkan kontroversi memukul isterinya sedang mengandung yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan Youtube sebelum ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Calven Chik Foo Keong, 27, didakwa melakukan serangan hingga cedera terhadap Amanda Fong Kim Yem, 19, di butik Amanda & Co di Ipoh Garden South, kira-kira jam 4 petang pada 23 Ogos lalu.
Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, Calven Chik minta dibicarakan. Majistret Haslinda A Raof menetapkan 31 Oktober ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamar L Abrar manakala Calven Chik diwakili tiga peguam iaitu Dexter Mah Kok Leong, Nur Syairaa Othman dan Hasanuddin Mohd Yusoff.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan