Memaparkan catatan dengan label cctv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cctv. Papar semua catatan

Khamis, 23 Oktober 2014

Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh


Sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Jalan Datuk Onn Jaafar di Bandaraya Ipoh, tidak ubah seperti kasino mini apabila dibanjiri puluhan kaki judi setiap hari.
Aktiviti judi siber itu cuba diselindung di sebalik pusat snuker dengan sebuah bilik khas yang menempatkan 48 komputer dan diawasi kamera litar bertutup (CCTV) disediakan pengusaha premis.

Bagaimanapun premis yang aktif sejak beberapa bulan lalu itu digempur sepasukan pegawai dan anggota polis menerusi Op Cantas Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini, kira-kira jam 12 tengah malam 19 Oktober 2014 yang lalu.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPK Negeri, Deputi Superintendan Zailani Mohd Yusof berkata, serbuan itu membabitkan sepasukan 172 pegawai dan anggota dari D7 IPK, Narkotik dengan kerjasama D7 Bukit Aman.


Menurutnya, seramai 29 kaki judi bersama sembilan warga asing yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan ketika serbuan terbabit.
“Hasil operasi itu, polis merampas 48 unit komputer serta wang tunai berjumlah RM1,351 yang dipercayai digunakan untuk kegiatan judi.

"Kesemua pemain yang ditahan dibawa ke ibu pejabat untuk disiasat dan diambil keterangan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Zailani berkata, pengusaha premis yang sepatutnya menawarkan hiburan keluarga itu menyalahgunakan lesen dengan menawarkan judi komputer dan beroperasi sejak beberapa bulan lalu,

Katanya, kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan penjaga pusat snuker setelah didapati memiliki ganja.

“Ketika pemeriksaan, paket ganja terbabit ditemui pada poket seluarnya dan dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1957,” katanya.  

Menurutnya, polis akan terus melancarkan serbuan dan pemantauan lebih agresif bagi mengekang kegiatan jenayah kekerasan, harta benda serta dadah.

“Ops ini dilancarkan bagi memantau kegiatan mereka dalam kongsi gelap. Ini terbukti apabila 23 individu ditahan di beberapa lokasi di Ipoh dan Manjung disyaki anggota kumpulan kongsi gelap,” katanya.


Mini Kasino ini yang dulunya adalah bekas pawagam Lido

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...

29.  Skuad Taktikal Khas 3 PDRM banteras judi, maksiat dan kongsi gelap

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Sabtu, 9 Februari 2013

Cemburu Melampau Suami Ni Pasang CCTV Kat Rumah Bini


Kalau lelaki dah terlampau cemburu tahap kronik pun tak elok juga dalam perhubungan pasangan suami-isteri atau kekasih. Ini boleh mendatangkan keadaan tidak selesa kerana selalu sangat diperiksa dan mungkin boleh menimbulkan tuduhan atau fitnah yang tidak betul akibat dari salah faham. Sayang betoi lelaki ini dengan bini nyer.

Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain.

“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat, tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.

“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohd Isa Ralip, di sini.

Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.

“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.

Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.

“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa, perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya.

Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’. “Pada hari suami sepatutnya berada di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya termasuk pada hari saya datang bulan,” katanya.





*dipetik dari laman sesawang akhbar Harian Metro.










Selasa, 2 Oktober 2012

Pukul bini dirakam CCTV, lelaki diseret ke mahkamah






Di Ipoh seorang pengurus butik yang pernah menimbulkan kontroversi memukul isterinya sedang mengandung yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan Youtube sebelum ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Calven Chik Foo Keong, 27, didakwa melakukan serangan hingga cedera terhadap Amanda Fong Kim Yem, 19, di butik Amanda & Co di Ipoh Garden South, kira-kira jam 4 petang pada 23 Ogos lalu.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Calven Chik minta dibicarakan. Majistret Haslinda A Raof menetapkan 31 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamar L Abrar manakala Calven Chik diwakili tiga peguam iaitu Dexter Mah Kok Leong, Nur Syairaa Othman dan Hasanuddin Mohd Yusoff.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...