Selasa, 16 Oktober 2012

Zambry kata 'I LOVE YOU'




Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan insiden vandalisme terbaru terhadap poster dan billboard yang tertera wajah beliau lansung tidak mematah dan melemahkan semangatnya untuk berkhidmat.

Malah, katanya, perbuatan vandalisme itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus berkhidmat demi rakyat.

“Saya lansung tidak rasa terganggu, tergugat atau lemah. Malah saya lebih bersemangat untuk bekerja,” katanya ketika diminta mengulas insiden poster dan billboard wajahnya yang disimbah cat di tiga lokasi berasingan di Manjung awal pagi tadi.

Menurut Menteri Besar lagi beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi sebaliknya akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana pihak. Sebenarnya perkara ini bukanlah pertama kali, dah beberapa kali berlaku , ada yang menggunakan sms dan juga blog,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Program Transformasi Secara Menyeluruh (SWAT) di Ipoh, hari ini.

Jelasnya lagi beliau sedar perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.yang sangat tidak senang dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap kepimpinan beliau dan barisan pemimpin Barisan Nasional negeri ini.

Namun beliau melahirkan rasa sedih kerana pihak tidak bertanggungjawab itu telah cuba menyemarakkan api perkauman dengan meletakkan tulisan cina yang bermaksud kesat.

“Biarlah mereka (gunakan perkataan kesat)..bagi saya ia juga boleh bermaksud ‘I love you’,” katanya merujuk kepada perkataan yang tertulis di dalam bahasa cina itu bermakna seperti berikut:- "You must be careful or else I fuck you".

Berikut kes ini, UMNO Bahagian Lumut membuat laporan polis berhubung tindakan menyimbah cat ke atas poster dan billboard Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Manjung itu ialah beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian itu, Mohd. Shahril Yahya berkata, mereka membuat laporan itu kerana perbuatan vandalisme itu telah mencemarkan bandar Manjung dan kepimpinan Dr. Zambry.

Menurut beliau, pihaknya mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kepimpinan negeri dan negara, berikutan lawatan Perdana Menteri ke Manjung yang dijadualkan Khamis ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan segera memandangkan terdapat juga kata-kata amaran yang ditulis menggunakan cat merah dalam bahasa Cina.

"Saya difahamkan maksud nota itu ialah berhati-hati, jadi saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan.

"Kita tahu pada 18 haribulan nanti, dua pemimpin besar iaitu Dr. Zambry dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir ke daerah Manjung, kita minta pihak polis menjalankan siasatan segera,’’ katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.






1 ulasan:

  1. ASSALAM, DEPA AKAN KATA ITU KERJA JAHAT UMNO NAK BURUKKAN DEPA, TAPI MEMANG ITU LAH DIA KERJA PUAK HARAMJADAH PEMBANGKANG NI.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...