Selasa, 16 Oktober 2012

Ketua Wira Perkasa gegar SPRM kes Nga Kor Ming




Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menuntut supaya diumumkan segera hasil penyiasatan terhadap ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabaitkan kes kontrak sut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketua Wira PERKASA Malaysia, Irwan Fahmi yang mengetuai rombongan seramai 15 ahli PERKASA menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Perak, Lina Harlina Mohd Halim di Pejabat SPRM, Meru Raya pagi ini.

Sebelum itu, Irwan Fahmi bersama rombongan ahli PERKASA Malaysia telah berhimpun dan merentangkan sepanduk dihadapan pintu masuk pejabat SPRM berbunyi ` Kami minta penjelasan SPRM berhubung kes salahguna kuasa oleh Nga Kor Ming. Kenapa SPRM masih belum ambil tindakan’’.

Irwan semasa bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum itu berkata, PERKASA berharap SPRM dapat mengumumkan segera hasil siasatan mereka berhubung kes ini kerana ia sudah mengambil masa yang agak lama iaitu sudah lebih setahun.

"SPRM harus segera mengumumkan hasil siasatan mereka berhubung kes ini kerana ia melibatkan kepentingan rakyat . Kita hendak tahu hasil siasatan kerana sebelum ini pihak pembangkang sering menuduh kerajaan rasuah,’’ katanya.

Menurut beliau, pihak SPRM harus tegas dalam menangani kes in i kerana tiada sesiapapun yang dapat mengatasi undang-undang.

Beliau berharap SPRM Perak dapat memberi maklumbalas segera terhadap memorandum yang diserahkan, jika tidak pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada Ibupejabat SPRM di Putrajaya.

Irwan menambah, ini sebenarnya merupakan mainan pembangkang yang gemar melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan kononnya rasuah tetapi sebenarnya segala tuduhan yang mereka buat adalah tidak berasas malah rakyat sudah dapat menilai belang sebenar mereka.

Sehubungan dengan itu beliau turut menjelaskan bahawa 200,000 ahli PERKASA yang juga pengundi berdaftar di seluruh negara akan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan BN.

"Kita juga pastikan 200,000 ahli kami tidak akan memberikan sebarang undi kepada parti-parti pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti,’’ tegasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...