Memaparkan catatan dengan label geng 36. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label geng 36. Papar semua catatan

Khamis, 19 Oktober 2017

Perjanjian SYAITAN Dengan Kongsi Gelap Naga 9

Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dra­gon’ sejak bertahun-tahun lamanya.
Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dra­gon itu telah lama di­amalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mem­punyai kuasa di dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini.



Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.


“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.
“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.
Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.
Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.
“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.
“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.
Mereka yang mempunyai gela­ran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.
Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.
Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.
“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.



*sumber dari akhbar nasional tempatan


 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN
34.   Perjanjian SYAITAN Dengan Naga 9

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Ahad, 31 Januari 2016

3 lagi ahli Geng Tengku diburu Polis


Polis memburu tiga lagi ahli Geng Tengku selepas dua daripadanya yang dipercayai terlibat dalam beberapa siri kejadian pemerasan dan samun siber kafe serta pusat hiburan keluarga di sekitar bandar raya ini sejak November tahun lalu. 

Ketua kumpulan berkenaan berusia 28 itu bagaimanapun ditahan bersama seorang lagi ahlinya berusia 26 tahun di dalam sebuah rumah di Beruas dekat sini pada 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, susulan daripada tangkapan itu, polis turut merampas sebilah pisau, dua buah telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah kereta Proton Wira dan dua bungkusan daun kering disyaki ganja seberat 17 gram.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua lelaki itu mendapati bahawa tujuan mereka melakukan samun dan mencederakan orang adalah untuk menakutkan mangsa supaya membayar wang perlindungan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek berusia 28 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah iaitu curi kereta, dadah dan samun manakala seorang lagi tidak memiliki sebarang rekod jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Menurut Chang Keong, kedua-dua suspek kini direman sehingga hari ini bermula Selasa lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pada 28 November lalu, empat ahli Geng Tengku bertindak menyerang sebuah pusat hiburan keluarga di Lahat, di sini dengan bersenjatakan parang untuk meminta wang perlindungan daripada pekerja premis.

“Mangsa yang enggan berbuat demikian telah dicederakan di bahagian kepala, malah beberapa barang di dalam premis itu turut dirosakkan. Suspek juga melarikan wang tunai serta barangan berharga yang dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya.




Khamis, 23 Ogos 2012

Geng Viva Nanda 36 vs POLIS 999


Tindakan sekumpulan samseng menyerang anggota polis dengan parang, besi dan buluh selepas dikepung, akhirnya memakan diri apabila seorang daripada 30 orang dari mereka parah ditembak, manakala empat lagi ditahan dalam kejadian di Tasik Permai, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana. Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Kumpulan samseng ini membabitkan warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Mereka yang juga anggota Geng Viva Nanda 36 diburu polis berikutan terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan kumpulan lain di kawasan Flat 700, Pandan Indah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi, berkata pihaknya melancarkan gerakan mengesan suspek terbabit susulan laporan mengenai pergaduhan bersenjatakan parang di flat berkenaan hingga mencederakan tiga individu. Sebanyak 16 anggota polis dikerah ke tempat kejadian dengan menaiki 4 kereta peronda.

“Polis yang menerima maklumat segera ke tempat pergaduhan sebelum terserempak dengan suspek yang ketika itu cuba melarikan lari.

“Kami berjaya mengesan kumpulan terbabit yang menaiki dua kereta menuju ke kawasan Tasik Permai sebelum diarahkan supaya berhenti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Nazri berkata, dua kereta terbabit berjaya dihalang dan dikepung namun sekumpulan lelaki keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang, besi dan buluh.

"Malah, mereka turut merosakkan kenderaan polis dengan memecahkan cermin depan. Turut berlaku pergelutan antara kumpulan suspek dengan anggota polis.

“Keadaan semakin genting memaksa anggota polis melepaskan tembakan sehingga terkena leher seorang suspek,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudian menahan empat lelaki, manakala pemeriksaan lanjut menemui enam parang, tiga batang besi, buluh serta pisau pemotong daging yang disembunyikan dalam kereta dinaiki suspek.

“Hasil siasatan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah lampau seperti samun, aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes cubaan bunuh.

“Mereka kini ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh dan suspek yang ditembak kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Menurutnya, dengan penahanan anggota kumpulan terbabit polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes serangan dan ugutan terhadap beberapa individu selain kes samun di sekitar Ampang.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan suspek bersekongkol dengan beberapa syarikat pemberi pinjaman wang haram bagi mengutip hutang daripada peminjam dengan cara kasar dan mencederakan mereka.

“Polis kini memburu saki-baki anggota kumpulan samseng terbabit dan merayu kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...