Ahad, 18 November 2012

PAS mahu Hadi jadi Perdana Menteri


Seorang Perwakilan Dewan Ulamak PAS, Hairun Nizam, berkata parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Abdul Hadi adalah calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas tampuk pimpinan negara pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ahli PAS seharusnya meletakkan keyakinan kepada presiden kerana beliau calon berkaliber menjunjung kepimpinan negara dengan dasar yang dirahmati. Bukan sengaja untuk menaikkan beliau, tetapi inilah calon terbaik memimpin negara mengikut lunas dan landasan Islam.

"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, hari ini.

Hairun turut mengingatkan pimpinan tertinggi PAS tidak memilih calon yang meminta jawatan atau melobi menjadi calon pada pilihan raya umum kerana perbuatan meminta jawatan tidak terdapat dalam Islam.

“Sebaliknya calon dipilih melalui keikhlasan ahli yang meletakkan mereka sebagai calon,” katanya.

Perwakilan dari Pahang, Mukhtar Senik, berkata ahli PAS perlu menolak ancaman yang cuba merobek kepimpinan ulama parti walaupun ancaman itu datang daripada kalangan ahli dan kepimpinan parti sendiri.

"Apabila masuk PAS jangan sekali-kali membawa fikrah di luar PAS ke dalam parti seperti membawa masuk kepimpinan sekular yang sekali gus mengancam kepimpinan ulama dalam PAS.

“Lebih parah lagi masuk PAS tetapi dalam masa sama memimpin jemaah lain dan memberi ruang pada musuh menembak PAS. Menghapuskan ancaman inilah dapat menjamin kepimpinan ulama kekal dalam PAS," katanya.




3 ulasan:

  1. AsSalam, kesian Anuwar, tapi yg jadi tandatanya kenapa tak bagi sebab musabab tak mahu Anu War jadi PM??????????????????

    BalasPadam
  2. Salam.Blog hebat ini telah dipautkan.mohon pautkan semula blog saya apple-biru.blogspot.com.tq

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...