Isnin, 15 April 2013

Datuk Mustafa Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO keatas video seksnya


Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.


Datuk Hafarizam Harun - Penasihat Undang-undang UMNO


 “Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang. “Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustafa letak jawatan SUA Pas’. “Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO,” ujar Hafarizam. 

Tidak cukup dengan itu, Mustafa turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’ yang bertarikh 13 April 201.

Di dalam artikel tersebut tertulis ‘beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air’ dan ‘bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu’. Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustafa Ali untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbitan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.


Salah satu adengan Mr Stoppa


Mustafa juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung. 

Sekiranya Mustafa gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa berunsur fitnah yang telah membawa maksud : 

(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;

(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;

(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;

(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;

(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;

(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu.




*sumber - MediaUMNO




4 ulasan:

  1. sudah dipautkan bro...
    selamat berjuang... semoga sentiasa dirahmati Allah...

    BalasPadam
  2. Kalau dia tak nak saman orang yang dia kata memfitnah dia, elok sangat lah UMNO saman dia kerana mengaitkan UMNO yang memfitnah dia. Kalau dia takut menyaman, kita saman dia.

    BalasPadam
  3. u ulang i saman u ulang i saman u ulang i saman.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...